Khamis, Mac 08, 2012

Balik Kampung

empunya tuan punya blog ni kejap lagi nak blk kampung..kt Terengganu la..
da lama x blk kmpg..kali ni blk ngn family abglong ummi..en hubby x ikut blk sbb tanggungjawab karier dia..
ceh..karier mcm artis plak...huhu..

biasa la time cuti sekolah ni ramai la org kawen trmasuk adik ummi..
adik ummi kak teh a.k.a kimah akan menikah malam esok..
dan majlis nye wat cuti sekolah bln 5 plak..so, bln 5 blk lg la ye..

pd abglong ummi

sebab perjalanan kta malam tau..huhu~~


eeeiii....x sabonye nak blk..windu kt sume..


yayy~~


sudi-sudilah klik sini ye..TQ..
 

Rabu, Mac 07, 2012

Permainan baru yg sudah cacat..adeii...

sblm ni cuma pandai wat gaya watak je..kali ni da minta empunya watak sbnr..apelg..otomen!!!! its mean ultraman...

adeii..mcm2 la bdk2 ni..


kejap je ultraman ok..lps tu ape jd, apis da pandai nak ubah bentuk..skrg kaki da patah..pas ni..ape plak yg patah lg..x spai 12 jam ultraman kt tangan bdk2 ni..

ayh dorg da pening..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Fasha Sandha kawin di Bali 29 April

ummi dpt info ni dr SINI


Aktres popular, Fasha Sandha dan pasangannya, Rizal Ashram Ramli, 36, akan melangsungkan perkahwinan mereka di Bali, Indonesia, pada 29 April ini.
Sumber berkata, persiapan majlis yang bakal dihadiri 100 tetamu termasuk keluarga, rakan terdekat dan wakil media itu hampir selesai, malah busana pengantin serta jurusolek pilihan juga sudah ditempah sejak awal tahun.
“Walau sebelum ini ramai meneka mereka akan melangsungkan pernikahan di Jakarta, Indonesia, ia tidak benar. Sebaliknya pulau peranginan eksotik iaitu Bali menjadi pilihan kerana mood romantis yang wujud di pusat peranginan terkenal itu.
“Mengikut perancangan, busana pengantin mendapat sentuhan pereka tempatan popular, Rizman Ruzaini, manakala kepercayaan untuk menyolek wajah bakal pengantin pula diberikan kepada jurusolek kegemaran ramai artis ternama, Tiar Zainal,” katanya.
Bagaimanapun, finalis Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, genap berusia 28 tahun pada 28 Mac ini tidak dapat dihubungi kerana sibuk di lokasi penggambaran drama berjudul Seindah Sakura.
Desas-desus mengenai berita pernikahan dan persandingan pasangan sensasi yang sudah lima tahun menjalin cinta itu semakin hangat apabila laman sosial menyiarkan gambar mereka mengikuti kursus kahwin, hujung minggu lalu.
Pada kursus yang diikuti pada hari Sabtu dan Ahad di sebuah lokasi di Setiawangsa yang juga berhampiran salun kepunyaannya, Rizal atau mesra disapa Jejai turut menemaninya.
Menambahkan lagi spekulasi tarikh hari bahagianya semakin dekat apabila gambar Fasha mencuba gaun pengantin turut disebarkan di portal hiburan, begitu juga beberapa keping gambar berdua diabadikan seakan menunjukkan khusus untuk praperkahwinan.
Terdahulu, pelakon yang mengakui akan mengadakan majlis perkahwinan di luar negara itu pernah mengeluarkan kenyataan, dia hanya akan mengundang enam teman media yang dipercayainya saja ke majlis bersejarahnya nanti.
Akuinya, biar tiada niat mahu merahsiakan perkara baik, Fasha lebih senang membiarkan peminat berteka-teki dengan alasan belum bersedia dan hanya menunggu waktu yang sesuai.
Difahamkan Jejai yang juga anak bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib, sudah pun bertemu keluarga pihak perempuan untuk merisik.



pasti meletop kan..

p/s : doakan kebahgaiaan dorg kekal ke akhir hayat n dpt anak ramai2... :D

sudi-sudilah klik sini ye..TQ..
 

Khasiat Makan Buah Sebelum Makan Berat

Kebiasaannya, orang ramai menjadikan buah-buahan sebagai pencuci mulut setelah selesai menjamah makanan berat setiap hari tidak kira untuk santapan tengah hari atau pun makan malam. Sudah menjadi tradisi untuk mengikut amalan budaya barat, buah-buahan akan melengkapkan amalan pemakanan setiap masa.
Dalam majlis-majlis tertentu, selalunya buah dihidangkan di waktu terakhir sebagai pencuci mulut dan ini adalah budaya barat yang bertentangan dengan amalan Rasullullah S.A.W yang mengambil buah sebelum memakan makanan berat.
Pernahkan anda berasa mengantuk selepas menjamah nasi di waktu makan tengah hari?
Ini adalah kerana asid amino, L-tryptophan yang ada di dalam perut yang menjadi dasar terbentuknya vitamin B lain iaitu Niacin yang digunakan untuk menghasilkan serotonin. Zat serotonin akan menghantar signal ke otak kita seterusnya akan mewujudkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita merasa mengantuk.
Jadi, sudah tentu selepas menjamah nasi atau makanan berat, kita akan mengantuk dan ingin tidur. Khasiat buah yang mengandungi Fruktosa dapat meningkatkan kadar insulin dan kerana itulah memakan buah-buahan sebelum makan nasi dapat mengelakkan pankreas dalam badan kita berkerja terlalu kuat untuk menghasilkan insulin.
Selain itu, kajian juga membuktikan memakan buah-buahan dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit. Pakar Diet Klinikal, Pusat Perubahan Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court, Tan Yen Sing menjelaskan, kajian menunjukkan pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikatakan boleh mengurangkan sehingga 17 peratus penyakit jantung koronari.
Seperti buah epal, jika dikupas kulitnya dan dibiarkan seketika, buah epal itu akan berubah warna dan akan menjadi busuk jika tidak diusik. Keadaan itu sama juga digambarkan seperti perut kita.
Jika makan nasi terlebih dulu, pankreas akan bekerja kuat untuk memproses nasi dan protein yang ada dalam lauk pauk dan memerlukan masa berjam-jam untuk diproses. Sekiranya buah-buahan dimakan selepas menjamah nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan.
Jadi, eloklah kiranya kira menukar tabiat pemakanan kita dengan meletakkan buah-buahan hidangan awal sebelum kita menjamah makanan berat.


p/s : so...kta  mkn buah dulu sblm makan bukan makan nasi dulu bru makan buah..


yayy~~


 sudi-sudilah klik sini ye..TQ..