Ahad, Februari 27, 2011

NUR KASIH THE MOVIE OFFICIAL TRAILER

waaa~~~mesti gempak movie Nur kasih kali ni..jln cite nye bleh tahan gak..
tak sabar nak tengok cite ni...

jom layan trailer Nur Kasih The Movie ni...
akan berada di pawagam 19 MEI 2011..




yayy~~






sudi-sudilah klik sini ye..TQ..

Untuk driver pompuan mcm ummi..beware!!



" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca info ini.

Saya harap anda semua share info ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Zaman skrg mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat

Sumber: BOMBA SELANGOR

yayy~~





sudi-sudilah klik sini ye..TQ..
 

Sabtu, Februari 26, 2011

Adik ummi dah jadi cikgu..


adik ummi kima a.k.a cik teh dah jd cikgu sepenuhnya...alhamdulillah...tp still dlm kursus lg la..
dia posting tak jauh dr umah mak ummi dikampung..syukur sgt2...ulang alik je dr umah mak ummi..lagipon adik ummi baru beli keta..keta kecik je,bleh la wat ulang alik dr umah ke sekolah dia..
keta apa??

semestinya...


v



v



v



v

comel molek mcm tuannya~~


v




v




chumel kan...ala..wat g keje je dulu...tp ummi suka sbb keta ni save minyak..hehehe..

yayy~~


sudi-sudilah klik sini ye..TQ..
 

Cara membaca Surah Yassin dgn betul sewaktu seseorang menghadapi Sakaratul Maut

Boleh jadi iktibar untuk kita, pesan kat anak2 bila dah sampai masa kita nanti.. 


Assalammualaikum,
Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud.

Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang ingin saya kongsi bersama rakan2 sekalian:-

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan
tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia).

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i)
Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin - yang lain2 boleh bersama2 semak.

ii)
Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

iii)
Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.

iv)
Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".

v)
Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila haillallah" lagi.

vi)
Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat. Amiin.

Wassalam.... 



sudi-sudilah klik sini ye..TQ..