Assalamualaikum w.b.t..
Tgok pic diatas betapa lasaknye sikembar ni kan..mcm2 diteroka dan meneroka
Ummi nak sharing samting pd sume frenz ummi terutama para ibu dan ayah..:)
Tgok pic diatas betapa lasaknye sikembar ni kan..mcm2 diteroka dan meneroka
Ummi nak sharing samting pd sume frenz ummi terutama para ibu dan ayah..:)
Ummi ceduk dr FB
Prof Dr. Rozieta Shaary
Beberapa perkara yang perlu kita fahami;
1) Jika ada anak 1 hingga 2 tahun yang
kelihatan mahu memukul anak lain, jangan cepat bersangka buruk kepadanya.
Selalunya dia mahu memegang dan mengusap anak kecil itu kerana melihat orang
lain melakukan perkara seperti itu. Namun, pada usia sebegini mereka belum
pandai mengawal kekuatan tangan mereka, maka adakalanya jadi terlebih kasar.
Apa yang ibu selalu lakukan pada anak-anak kecil sebegini, ibu tolong
pegang tangan mereka dan tolong dia mengawal tangannya supaya dia boleh
mengusap baby kecil itu sambil mengatakan; ‘gently, gently…’ atau ‘
perlahan-perlahan…’ Jika anda cepat marah dengannya, maka dia akan hilang
keyakinan dirinya dan membentuk kepercayaan diri yang negatif di dalamnya.
Contohnya “ Saya ini tidak berguna”.
2) Setiap generasi mempunyai karacter
yang berbeza. Contohnya generasi X, Y, Z dan mellinia berbeza dari segi trait
dan karakter mereka. Kebanyakan Gen Mellinia ini lebih ekspresi. Selalu
dikatakan degil, keras kepala dan suka menunjuk perasaan, memberontak dan lebih
berani mengeluarkan pendapat mereka. Mengapa mereka begitu memang ada dan
banyak sebabnya. Namun, ibu tidak mahu membincangkan di sini kerana ibu telah
menulis mengenai ini sebelum ini. Sila lihat blog ibu sebelum ini.
3) Ramai ibu bapa kurang berpengetahuan
cara terbaik menangani anak-anak Gen Mil ini. Ramai yang masih menggunakan skil
parenting semalam untuk menangani Gen Mil ini. Contohnya, menyuruh anak-anak
dengar dan patuh tanpa penjelasan yang memuaskan. Terlalu lembut sehingga
semuanya dibiarkan. Terlalu keras dan tidak ada ruang berbincang, Terlalu suka
melarang dan ditakut-takutkan. Maka, anak-anak ini menjadi lagi hampa dan
memberontak. Dan Gen Mil ini lagi cepat dan kuat berasa hampa kerana
memang trait mereka ini adalah sangat ekspresi. Sebenarnya mereka bukan degil,
tapi kuat keinginan dan mahu cara mereka. Oleh itu bila kehendak mereka
ditangani DENGAN TIDAK BIJAK DAN BERHEMAH, ini yang menyebabkan mereka
memberontak. Dan sekiranya ini terus-menerus berlaku, anak ini akan membesar
dengan semangatnya patah atau menjadi agresif yang tidak menentu. Itulah yang
menyebabkan keadaan bertambah kritikal. Jika tidak diperbaiki, anak-anak ini
akan membesar menjadi remaja yang payah dibentuk.
Langkah Mengatasi Perkara ini.
Hari ini ibu kongsikan beberapa dahulu;
1) Bawa anak-anak bermain dengan aktif,
seperti di padang mainan indoor atau outdoor. Lebih baik outdoor. Bila mereka
bermain, mereka dapat mengekpresi diri mereka. Mereka boleh menjerit-jerit,
melompat, berpeluh dsb. Ini membolehkan tenaga negatif yang tersimpan
dikeluarkan dengan cara yang sihat. Cucu sulung ibu, baru-baru ini tiba-tiba
suka sangat menjerit, menjadi garang dan agak agresif. Ibu dan mamanya perasan
perkara ini. Bila kami kai balik, rupa-rupanya sudah berbulan-bulan dia tidak
dibawa bermain di padang. Semenjak itu mamanya memastikan dia bermain di padang
sekurang-kurangnya3 kali seminggu. Semenjak mamanya melakukan perkara itu, cucu
ibu tidak lagi berkelakuan seperti tadi.
2) Kurangkan masa menonton TV,
bermain video games di komputer atau ipad atau TV. Bila anak-anak bermain video
games, mereka akan mengalami adrenalin rush. Dan bila mereka tidak beri bermain
lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush itu tiada jalan keluar dan
menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka. Ini
selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat yang
subliminal dimasukkan ke dalam games itu. Oleh itu pilih games yang baik dan
try games itu dahulu sebelum diberi kepada anak-anak kecil anda. Jika anda
sendiri rasa tak menentu selepas bermain games itu, apatah lagi anak-anak kecil
itu.
3) Kurangkan pengambilan gula secara
nampak atau tidak nampak. Nampak, maksudnya kita sendiri yang memasukkan gula
itu. Tak nampak contohnya minuman soda, fast food dan sebagainya. Jika
menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh kasih sayang dan tenang. Makanan
itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging.
4) Elakkan menjerit-jerit dan terlalu
kerap memarah. Boleh marah, tapi simpan marah itu untuk sesuatu isu yang sangat
memerlukan marah itu. Contohnya sesuatu yang merbahya baginya, seprti bermain
di tengah jalan dsb. Bila terlalu suka memarahi, marah kita itu sudah tidak ada
maknanya. Malah ia menjadi cara hidup yang anak-anak kecil itu akan ikut. Marah
yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan
diserap oleh anak-anak itu. Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter
suka marah-marah. Ibu tahu para ibu bapa semua adakalanya tidak boleh mengawal
diri dan terus marah. Itu sekali sekala, tak pe. Kita manusia, kita buat silap.
Apa yang kita tidak mahu jadi ialah kita menjadikan itu karakter kita – suka marah-marah
dan berleter. Kawal – jika nak marah sangat, jika berdiri, duduk, istigfar atau
bilang sampai sepuluh. Jika marah juga, pergi tempat lain yang anak tu tak
nampak, maka keluarkan marah itu dengan menjerit smabil memekup muka ke bantal
… atau yang lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada di bawah air
terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua marah anda tadi
dibasuh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.
Bila sudah selalu melakukan sedemikian, anda akan
mengambil masa yang lebih singkat dan bila tenang, anda boleh mengambil langkah
yang lebih bijak.
Rasanya cukup dulu untuk kali ini. Jika panjang
sangat nanti penat pula nak membacanya. Nanti ibu akan sambung dari masa ke
semasa.
Marilah kita bersama-sama membentuk generasi yang
genius dan berhati mulia.
yayy~~
sudi-sudilah klik sini ye..TQ..
2 ulasan:
salam pkenalan kak ;))
tu lah..ain ni pun bkal ibu kene
tmbahkn ilmu2 tntang pkmbangan
anak2..thankss 4 info
ain follow akk yea >__<
thankz sudi brkenalan..
iyelh..wlpn akk da de ank dua yg da besar ni,kdg tu kita ade gak tr'gelincir' dlm bab mendidik ank ni..kena byk brsabar sbnrnye...thankz follow akk..akk pon nk follow adik hak ^_^ V
Catat Ulasan