Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
= Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik
= Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah
= *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak
= Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya
= Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
* Melihat kaabah sehingga menitis air mata
* Membaca quran sehingga menitis air mata
* Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata
= 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
* Anak
* Ibu
* Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah J
= Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya? kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu
= Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu
= Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut
= Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai
= *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik
= Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, ?ungkit? kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil ?wasilah amal?
* ?Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini?
* *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
= Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan J
= Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah
= Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnail laihirojjiun, ,, then cakap dengan Allah
* ?Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini?
* ?Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini?
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.
= *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!
= Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!
= *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
* Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..?Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan? atau ?bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..? Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.
= Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita ?berkatilah si A ini? dan jika tak bagi salam, mereka akan kata ?celakahlah orang ini? Jadi, jangan lupa bagi salam next time
= Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan
= Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..
= Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!
= *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan! ! ?Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku?. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.
= Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah
= *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.
= Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita
Selalu Bergaduh Dengan Ibu
= Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
* Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
* Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
* Symptom dah terkena saka
- Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
- Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
- Susah nak dapat anak, senang gugur
- Ada rasa kelibat orang lalu
- Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
* Cara hilangkan saka, Zikir ?Laillahaillalah? 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan
= Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.
= 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.
= Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan
= Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. ?Qulhuwallahuahad?? 1000x sehari
Anak Lari Dari Rumah
= Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari
= Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya
Anak Degil
= *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
* Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia
Nasha dah try buat kat anak and Kak Has pun dah try ngan anak dia, setakat ni alhamdullilah menjadi J
You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.
So info dah disampaikan, marilah kita sama2 praktikan mana yang bolehkan.
♥♥♥ Syarikat UMMI ZAYDA telah didaftarkan dgn SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA dgn no pend JM0710632-P ♥♥♥ tel no : 019-7596510 email : zayda5646@yahoo.com.my
Isnin, Julai 26, 2010
Khamis, Julai 22, 2010
BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.
Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Diamlah sejenak,
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
Warhamni (sayangi aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)
Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu
tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

Rabu, Julai 21, 2010
MASIH SUAMI-ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT KELAK?
MARI kita RENUNGKAN BERSAMA SIAPA SUAMI KITA DI AKHIRAT NANTI....
MASIH SUAMI-ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT KELAK?
1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin Sesudahnya. Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga. Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelAki yang masuk syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini akan tetal bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali di aberkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir". "wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ...."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
DI DLM BERSAHABAT...
Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-
1 . Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.
2 . Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.
3 . Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.
4 . Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.
5 . Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.
6 . Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.
7 . Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.
8 . Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.
9 . Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.
10 . Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.
11 . Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.
12 . Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Sabtu, Julai 17, 2010
Bersalin,doktor & hukum...
“Tak apa ke ni?” suami bertanya sambil merenung ke anak mata saya, meminta jawapan pasti.
“InsyaAllah, As ok..” balas saya. Si kecil Husna, terus leka bermain. Manakan dapat dia memahami resah dan debar yang sedang membelenggu jiwa ayah dan ummi.
“Rasanya, lambat lagi ni. Lagipun, tempat kuliah abang malam ni tak berapa jauh kan…abang pergilah. Kasihan pula para jemaah yang menunggu,” saran saya dengan nada memujuk bertujuan menenangkan debar dan ragu.
Sembilan bulan berlalu, dan hasil pemeriksaan doktor sewaktu rawatan antenatal petang tadi menunjukkan kemungkinan untuk saya melahirkan pada malamnya. Saya sendiri tidak menduga secepat itu, lantaran tarikh jangkaan akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Tambahan pula, saya lansung tidak mengalami rasa sakit yang mengganggu, sama sekali tidak sama seperti pengalaman melahirkan anak pertama lebih kurang dua tahun yang lalu.
Namun, ketentuan Allah mengatasi segala andaian dan jangkaan manusia. Bermakna, dalam tempoh beberapa jam sahaja, saya dan suami bakal menimang cahaya mata kedua.
Kerana itu suami agak keberatan untuk pergi. Bimbang, saat ketiadaannya, saya akan melahirkan tanpa sesiapa di sisi. Lebih-lebih lagi, doktor yang merawat menyarankan agar saya segera masuk ke wad bersalin sebaik selesai pemeriksaan petang tadi.
PRIHATIN AURAT
“Kalau macam tu, As rehat dulu..tak payah buat kerja-kerja lain. Selesai je kuliah, abang terus balik ke rumah. As ready ya,” suami berjanji. Masih dengan debaran yang belum reda.
Saya tersenyum. Rasa kasih menjalar ke sanubari melihat belas yang ditunjukkan suami. Betapa saya bersyukur memiliki suami yang amat prihatin sepertinya. Sejak dari anak pertama lagi, beliau tidak pernah gagal menemani saya ke klinik untuk rawatan dan pemeriksaan antenatal.
Juga, seperkara yang tidak mungkin saya lupa, kesungguhan dan ketegasannya menjaga aurat seorang isteri.
Walau dalam keadaan kewangan yang begitu sederhana, dengan hanya suami seorang bekerja, sementara saya masih bergelar surirumah sepenuh masa, beliau tetap berusaha dan memastikan saya beroleh rawatan terbaik dari ‘sentuhan’ tangan seorang doktor perempuan. Doktor Muslimah, pastinya satu keutamaan.
Lantaran itu, beliau sanggup mengeluarkan peruntukan yang lebih untuk mendapatkan khidmat rawatan dari hospital swasta Islam. Padanya, biar berlebih sedikit mengeluarkan duit, asal hukum berkait aurat isteri tetap terpelihara dan terlaksana.
Dan pada kandungan kali ini, merupakan yang kedua kalinya saya akan melahirkan di Pusat Rawatan Islam Kohilal di Taman Melawati. Memandangkan jarak di antara pusat rawatan ini dengan rumah kami di Taman Sri Gombak tidak berapa jauh, hanya mengambil masa beberapa minit sahaja, juga harga bagi pakej bersalin yang ditawarkan amat berpatutan dengan mutu perkhidmatan yang baik dan meyakinkan.
MENGAMBIL MUDAH
Peristiwa di atas telah lama berlalu. Anak kedua yang dilahirkan juga telah genap berusia sembilan tahun pada 26 Jun yang lalu. Dan, dengan rezeki dan kurniaan dari Allah, cahayamata ketiga dan keempat yang menyusul selepas itu juga selamat melihat dunia dengan doktor dan jururawat Muslimah yang menyambut ‘ketibaan’ mereka.
Alhamdulillah.
Namun…
Perasaan saya berbaur. Terkilan, kesal dan sedih yang amat bila menerima dan membaca emel yang diterima dari seorang wanita. Beliau ingin meminta pendapat dan pandangan saya mengenai seorang ahli keluarganya, yang bergelar seorang ustazah, tetapi masih terus mendapatkan rawatan dan pemeriksaan bulanan kandungannya daripada doktor berlainan jantina.
Walau telah ditegur dan dinasihati memandangkan beliau dan suaminya bekerja serta mempunyai pendapatan yang agak besar, tetapi beliau tetap mempertahankan tindakannya dengan menyatakan pendapat bahawa, untuk tujuan perubatan, harus bagi seorang wanita Islam mendapatkan rawatan dari seorang doktor lelaki dan begitu juga sebaliknya. Khidmat rawatan yang diperolehi dari doktor yang sama jantina hanyalah afdal ( lebih baik ) sahaja, tidak lebih dari itu. Itu pandangannya.
Allahu Rabbi…dunia hari ini. Mereka yang ‘sepatutnya’ berilmu turut menjahilkan diri.
KERANA DARURAT
“Hari ni ustazah ada satu soalan uji minda untuk kamu semua,” saya berkata dengan wajah ceria. Para pelajar yang duduk sopan di dalam barisan, ramai yang tersenyum girang. Namun tidak kurang juga yang mengerutkan dahi tanda kurang senang. Bimbang soalan yang diberi, payah dan sukar sekali.
Ketika itu, topik yang dibincangkan ialah mengenai makanan yang halal dan haram dimakan. Ia merupakan salah satu tajuk perbincangan dari silibus Pendidikan Islam tingkatan satu.
“Baik…katakanlah suatu masa kamu sesat di dalam hutan. Dah masuk hari ketiga kamu tak makan. Dalam keadaan amat lapar itu, tiba-tiba melintas seekor anak babi. Nampak sedap. Kerana lapar, kamu tangkap anak babi tu dan kamu makan…” saya berhenti seketika memerhatikan gelagat anak murid di hadapan.
Ada yang saling berpandangan, ada yang menahan ketawa dan tersenyum-senyum sendirian. Tidak kurang juga yang mempamerkan riak muka geli geleman.
‘Eeeii…makan babi!’ mungkin itu lintasan di dalam hati.
“Ketika itu, apa agaknya hukum kamu makan babi tersebut?” saya mengajukan soalan. Ingin menguji akal dan pengetahuan para pelajar di hadapan.
“Mana boleh makan babi ustazah..haram,” getus satu suara di belakang.
“Bolehlah…kan keadaan macam tu dikira ‘darurat’. Kalau tak makan, boleh mati,” penuh yakin jawapan seorang pelajar di bahagian tengah.
BOLEHKAH?
Saya tersenyum senang. Jawapan yang diberi menandakan telah ada sedikit maklumat yang mereka fahami dan maklumi.
“Baik. Kita buat undian. Siapa yang kata hukumnya haram?” soal saya. Beberapa pelajar mengangkat tangan. Ada yang mengangkat setinggi yang boleh, menandakan keyakinan terhadap kebenaran jawapan, manakala sebahagiannya nampak malu-malu, hanya menebak dan mengikut kawan.
“Siapa pula yang bersetuju hukumnya boleh sebab darurat?” Sekali lagi saya bertanya. Soalan kali kedua ini memperlihatkan lebih ramai pelajar mengangkat tangan. Jumlah yang ada saya kira.
Hanya segelintir pelajar yang tidak mengangkat tangan pada kedua-dua soalan yang ditanya. Berkecuali. Kurang pasti barangkali.
“ Apa jawapannya ustazah?” Terdengar satu pertanyaan dari seorang pelajar di hadapan. Melihat sinar mata mereka, bagai menggambarkan rasa teruja dan tidak sabar untuk mengetahui jawapan sebenar.
“Jawapannya, mestilah haram…tak boleh..,”saya menjawab ringkas. Riuh rendah seketika suasana kelas bila mendengar jawapan yang tidak terduga itu.
Sengaja saya biarkan begitu, untuk melihat reaksi seterusnya. Kelihatan ramai yang terpinga-pinga. Tidak kurang juga yang ketawa gembira. Mungkin tak menyangka, jawapan ‘sekadar teka-teka’ mereka mengena.
BUKAN DARURAT
Senyuman di bibir melebar lagi. Saya pasti, baik yang memberikan jawapan haram atau tidak, masing-masing tidak mengetahui sebab sebenar mengapa dalam keadaan sesat di hutan seperti itu, masih juga tidak dibolehkan untuk makan babi.
“Keadaan seperti itu belum dikira darurat lagi. Ini kerana, terdapat banyak binatang lain yang masih boleh dimakan sekadar untuk menutup kelaparan. Siput babi adalah lebih baik dari babi, cacing tanah, pohon kayu, buah dan lain-lain semuanya masih perlu diutamakan dari memakan babi," saya membentangkan hujah agar mereka lebih memahami.
"Bukankah di hutan terdapat pelbagai benda yang boleh dimakan yang jauh lebih baik dari babi?" Saya menambah.
“Oleh kerana itu, tidak harus jika kamu yang sedang sesat ingin makan babi juga hanya kerana ia lebih sedap, menyelerakan dan gemuk berbanding cacing," tegas saya lagi disambut deraian ketawa semua.
Demikian juga keadaan yang perlu difahami dan disedari dalam situasi rawatan dan perubatan.
DARURAT YANG SEBENAR
Saya maklum bahawa di dalam keadaan darurat seseorang itu diharuskan melakukan sesuatu yang dilarang, sesuai dengan kaedah fiqhiyyah, ad-dharurat tubiihul mahdzurat. Contohnya, di dalam perubatan, bila berlaku hal-hal mendesak dan kecemasan, lebih-lebih lagi yang bersangkut nyawa dan kesakitan yang boleh melarat tanpa rawatan segera, dan keadaan tersebut tidak mungkin dihindari, juga tiada alternatif lain ketika itu, maka dibolehkan seorang doktor lelaki merawat pesakit perempuan, dan begitu juga sebaliknya.
Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah, bekas Mufti Besar Arab Saudi, juga pernah menegaskan :
"Doktor wanita hanya merawat wanita sahaja, dan doktor lelaki hanya merawat lelaki sahaja, melainkan di dalam kes yang darurat, jika seseorang lelaki yang menghidapi penyakit di mana pada masa itu tidak kedapatan doktor lelaki, maka di dalam kes ini adalah dibenarkan.” ( Fataawa 'Aajilah li Mansuubii al-Sihhah, m.s. 29 )
Situasi darurat yang membolehkan keadaan rawatan sedemikian juga berlaku di zaman Rasulullah SAW sendiri di mana para wanita Islam memainkan peranan sebagai jururawat di medan peperangan. Mereka ditempatkan di bahagian logistik dan juga perawatan. Mereka merawat dan mengubati anggota tentera yang luka dan parah.
Dalam kondisi sebegini, tidak dapat tidak, pasti berlaku sentuhan kulit dan anggota lainnya, namun hal ini dibolehkan ketika itu, untuk sementara waktu, kerana sifat peperangan yang darurat dan mencemaskan.
Selain itu, di dalam kitab Fathul Qadir jilid 8 halaman 98 ada menyatakan bahawa seorang sahabat Nabi SAW bernama Abdullah ibnu Az-Zubair pernah mengupah dan membayar khidmat seorang wanita tua yang merawat dirinya.
HILANG
Wajar difahami, bahawa kondisi darurat bukanlah sesuatu yang rutin dan berlaku setiap hari. Justeru, ia hanya bersifat sementara dan perlu diisi sekadarnya sahaja. Tatkala sebab yang menjadikan sesuatu itu darurat, telah luput dan hilang, maka hukum pengharamannya kembali semula.
Ini bersesuaian dengan satu lagi kaedah fiqhiyyah: ad-dharurat tuqaddar bi qadariha, iaitu sesuatu yang darurat itu harus diukur sesuai kadarnya.
Lantaran itu, bagi seorang perempuan yang mengandung, dalam situasi biasa tanpa apa-apa komplikasi, keadaan itu bukanlah sesuatu yang ‘darurat’ yang membolehkannya mendapatkan khidmat rawatan dan pemeriksaan bulanan dari seorang doktor lelaki.
Apa yang amat perlu difahami, tidak ada seorang pun yang dihalalkan untuk melihat aurat seorang wanita, kecuali suaminya. Apatah lagi, aurat ‘besar’nya. Maruah, kehormatan dan harga dirinya, semua itu terhimpun di ‘situ’.
Siapa lagi yang lebih layak dan dapat melindungi, kalau bukan seorang lelaki bernama suami?
Tambahan pula dewasa kini, sudah ramai doktor dan pakar sakit puan Muslimah, termasuk doktor wanita bukan Islam di Malaysia. Justeru, apa lagi alasan untuk tetap bermudah-mudah dalam hukum dan terus tegar menerima rawatan dari doktor berlainan jantina ?
Pada saya, hanya satu : Tepuk dada, tanyalah iman di dalamnya!
ZURIAT BERKAT
Akhirnya, marilah kita sama-sama merenungi, bahawa Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada umatnya untuk selalu berdoa, memohon kepada Allah SWT agar diberi rezeki yang barakah.
“Ya Allah, anugerahkanlah keberkatan kepada rezeki kami, dan peliharalah diri kami dari api neraka.”
Anugerah anak dan zuriat adalah salah satu dari sekian banyak rezeki yang diberikan ILAHI. Justeru, tidak dapat dinafi, bahawa jiwa yang insaf dan sedar untuk memelihara hukum dan menjaga kadar keperluan terhadap keringanan yang ada padanya, InsyaAllah akan menjamin hadirnya keberkatan seiring dengan anugerah yang dikurniakan ini.
Moga-moga, dengan keberkatan yang dilimpahkan oleh Allah SWT sewaktu kelahiran seorang anak, akan memudahkan pula segala usaha ibu dan bapa untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Seterusnya, berjaya pula menjelmakan generasi Rabbani yang tetap teguh berpegang kepada ajaran dan panduan ILAHI.
Ameen, Ya Rabbal ‘alameen.
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Jumpa lagi, InsyaAllah.

Rabu, Julai 14, 2010
Apis takut sgt ngn ombak...
ni ummi ajak apis main air laut...
ayah mmg suka nyakat apis ni..lg apis nangis lg la ayah dia nyakat..ni,ape la yg ditakutkan apis ni ngn air laut,dr jauh dia dgr ombak dah nanak..eee...kakut!!
Sabtu, Julai 10, 2010
Merayap jap...
Hurm..da lame gak ummi x update blog anak2 ummi ni..xde ape nk di share stori ye..smlm kta sekuarga g melaka..ekcelli bkn mkn angin tp mak ummi eh..nenek la ye dtg dr kmpg anta nenek ummi aka monyang adik kakak la ye..so,dikesempatan ayah off day tu yg trus brdesup g melaka..ni jenjalan jap kt bandar hilir..lmbt spai coz jenjln ikut jln lama tangkak ke melaka,ingtkn nak cri gak duyan yg jual lelong..bleh gak knduri duyan,tp xdok jumpe lak..hihi~~trpaksa lupakan hasrat itu..
kt banda hilir ni pon da lewat ptg..nk g waterworld pon da x sempat..bile lah nk g ye..x lame lg da pose,pas raye kot..ni possing jap kt A famosa ngn muzium istana..sesaje bwk ank2 ummi ni yg blom tgok lg kn..hihi.kita snap jap kt depan muzium istana ni..
adik apis ni mmg takut sgt tgok patung..apelg ayah dia nyakat la..
rilek je..x takut lak dorg ni..
adik apis ni kn..atas keta ni pon takut gak..aparaa..
main dam ye..
ummi pon nk join gak..hik..adik kakak pose kt meriam..

Langgan:
Catatan (Atom)