Isnin, Januari 31, 2011

Rempit Sejati..

Kalau setakat bawak motor sorang-sorang lepastu merempit sana sini tak mencabar la der.. Cuba try buat sket aksi macam kat dalam gambar-gambar ni.. ada beran??
merempit separuh bogel
merempit bawak anak,bini,mak, ayah
merempit bawak cermin ajaib
merempit bawak kambing
merempit tanpa pecah telur
merempit bawak perabot rumah
merempit dengan 10  ekor babi
kesimpulannya, brader2 dalam gambar ni lagi cool dari mat mat rempit. cayalah~~


dr sumber amzingnara

yayy~~


sudi-sudilah klik sini ye..TQ.. 

Ahad, Januari 30, 2011

Contest Kids & Cartoons..

yayy~~suka ummi nak join contest ni sbb anak2 ummi suka sgt kartoon..
salah satunya PORORO..
anak ummi ni kembar sepasang tau..

Nama anak: Nur Alya Syuhada Bin Mohd Zaidi (baju hijau)
Tarikh Lahir: 6 Januari 2008
Karton Kegemaran: Pororo

ada sesiapa nak join contest ni klik SINI ye..

tarikh tutup penyertaan 20 FEBRUARI 2011

yayy~~



sudi-sudilah klik sini ye..TQ..
 

Aktiviti malam minggu...

hurm..malam td boring plak rasanya..ayah ajak makan satey kt Johor Jaya..wah~~ok gak..lagipun anak2 ummi mmg suka makan satey,ilang lg diet ummi..huhu~~kul 10 lbh baru kuar umah..tak berapa syok sgt jenjalan sbb ujan,sampai sekarang ujan tak berhenti2..huish..memang sejok sgt..
santapan malam td..ummi tak snap anak2 ummi tgh mkn,duk layan kerenah dorg je..mcm2 hal..pas makan tak tau nak kemana,baru 1130..mane ye..
ummi ajak g Tesco Tebrau City,mana la tau ada jualan lelong midnight ni..aritu g Carefour ada lelongan barang,apa lg sambar la..
sampai sana biasa je,cuma ada bbrp barang suda mark down harganya,trmasuk makanan kegemaran ummi ngn ayah..
aritu kt Giant harganya RM5++,da beli byk..ni kt Tesco RM6++..amek gak la..dr harganya RM9++..lg jimatkan..dan semalam adalah hari shopping tanpa beg plastik..ummi pon sambar la 1 beg recycle..yg murah2 je..
ummi mmg suka beli beg recycle ni,da byk ummi kumpul..suka yg de karton2 ni..cute sgt..dan ummi sampai umah 1230 tgh mlm..masih ujan lg..sedap tido kan..

yayy~~



sudi-sudilah klik sini ye..TQ..
 

Sabtu, Januari 29, 2011

Makan-makan kt Rawa..

woowweeee~~~makan makan beso kali ni..makan steamboat dan bakar kt Rawa,Taman Pelangi Indah..tak jauh pon dr umah ummi..makan2 ni sempena besday kakak ipar ummi a.k.a mala,isteri abglong ummi..mmg mantap dan gilos la..pilih apa2 je tuk steamboat or yong tau foo dan bakar apa2 je spt ayam,udang,sotong,ikan..wat ever la..un limited tau..so..makan la sampai pengsan..cas bayaran kat sini kalo 4-6 taun RM 7.50,selebih nya RM 18 sorg..
huhu~~ckp byk wat penat je..kita layan zasss~~pic2 yg ummi snap ni..
masa ni baru sampai,yg lain belom ada lg,masih ondeway..nasib maklong da reserved awal2 3 meja tuk kitorg..anak2 ummi ni da tak sabar makan ni..ye la,kt umah tak makan apa2 lg..huhu~~sbb tau nak mkn beso ni,ummi tak masak la..:P
 huhu~~bakar dulu..yg dlm pon tgh mendidih gak..lapo ni...:P
 anak2 ummi tunggu nak makan..jap ye syg..
 arwisy..anak sedara ummi yg tembam..
 ayah..apis nak lagi..cpt la..
 pak long n mak long tgh menyantap..
 huhu~~ummi nmpk sipi je..pak long da standby ngn camera dia..
 ummi tgh kupas udang..aduh~~cacat pic ni,da la pic blur..ada plak interframe kt blkg tu..abaikan la ye..
 ayah da siap mkn,kenyang sgt..apis mkn jagung bakar..
 paklong ni tak abih2 snap sana sini..nak gak ummi sambar NIKON D90 tu..tunggu ada bajet la..
 apis pon nak gak la..pak nik amekkan ye..
dua2 skali nak bergambo gak..huhu~~

hurm~~nape la pic2 ni byk sgt yg blur..nak kena tukar camera la ni gamaknya,tak dok bajet la..nak gak pakai camera DSLR ni,tp tu la..mahal sgt..tunggu ada bajet la jwb nya..pakai la apa yg ada ye..

yayy~~

sudi-sudilah klik sini ye..TQ..
 

Jumaat, Januari 28, 2011

Lucky-lucky Giveaway..

Jom pakat join GA ni..
mana la tau ada lucky-lucky ke..
sesape nak join klik link nett's kerepek


ummi suka sume jenis bunga..tak kisah la bunga apa..yg penting bunga..
i like =)

hope ummi ada luck ye..
due GA ni 10 Februari 2011..

yayy~~

sudi-sudilah klik sini ye..TQ..
 

Selsema oink! oink!...

Punca selsema oink oink ditemui..

waaa~~~tak sanggup ummi...

yayy~~
sudi-sudilah klik sini ye..TQ..
 

Rabu, Januari 26, 2011

Contest Kids & Cartoons..

yayy~~suka ummi nak join contest ni sbb anak2 ummi mmg suka sgt kartoon
salah satu karton nya...PORORO..

 anak ummi ni kembar tau..
Nama: Muhammad Hafiz Bin Mohd Zaidi (baju kuning )
Tarikh Lahir: 6 Januari 2008
Kartoon Kegemaran: Pororo
ada sesapa nak join contest ni..
klik klik la SINI ye..

tutup penyertaan 20 Februari 2011


yayy~~




sudi-sudilah klik sini ye..TQ..

Ummi kena g mahkamah?

 td..sedang ummi sedang enak menyantap sarapan sausage+mayonis+roti..huhu~~diet la kunun..:P tepon umah ummi berdering..cam biasa la ingt kan ayah yg kol..biasa ayah mmg suka kol guna tepon umah dr opis dia..ummi pon jawab la..tp suara pompuan la..ala2 makcik gitu..
makcik:nak..nak kenal kan dgn nas?
ummi:nas? owh..nas ye..(dlm pale ingat nas kwn adik ummi nemi yg duk kt sini..sbb smlm ummi ada kol nas ni psl keta)
makcik:ha..nape tak datang mahkamah,kan kes da start arini..??
ummi:ha..mahkamah? kes? eh..apa ni..tak kan psl nak beli keta kena g court plak..adeii~~
makcik:kan kes Nasrulhafiz arini,nape tak datang..
ummi:makcik..nas mane ni,saya tak tau menahu psl mahkamah ni..
saya rasa makcik salah orang ni..
makcik:ni kat mana ni..??
ummi:ni kat Tiram la makcik..
terus diam..and than dengar suara org lelaki plak yg jawab..
lelaki itu:hello..ni opis mane ye..
ummi:ni bukan opis,ni umah la..
terus lelaki tu end kol...
haish~~da la salah kol,bukannya nak minta maaf...


nasib la salah kol,ummi ingatkan apa la td..kecut perut gak ummi diwatnya..ye la..ttiba je kol ckp nape tak g mahkamah?mau nya terkujat ..tak tau ape2 suh g court,kebetulan plak nama org tu lbh kurg nama yg kita kenal,ummi mmg ada hal ngn nas kwn adik ummi tu..tp bukan ngn nas yg ada kes mahkamah ni..aduh~~betul2 suspen..camne la bleh salah dial ye..pas tu terus ckp suruh datang mahkamah..macam2 la..

yayy~~

p/s:ummi baca metro td,terkejut ada lg manusia berhati binatang ada kt dunia ni..sanggup bunuh anaknya yg baru lahir..darah daging sendiri tu..&^%^%$$#%^^&&(



sudi-sudilah klik sini ye..TQ..


Selasa, Januari 25, 2011

Mayat untuk sarapan..

Ada sesiapa yang nak order mayat ni untuk sarapan? Jangan terkejut sebab mayat- mayat ni dibuat dari roti disebuah kedai roti di Thailand. Sila pilih sebelum order ye.
kalau tak cukup lazat sila sapu planta atau jem strawberry, confirm sedap!
 yayy~~

p/s:sumber dr amazing nara 


 

sudi-sudilah klik sini ye..TQ..

Ayat al-quran dikulit bayi...


MOSCOWPakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.
Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
“Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis,” kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.
Photobucket
Photobucket


yayy~~



sudi-sudilah klik sini ye..TQ..
 

Keberkatan surah al-ikhlas..





Keberkatan surah al-ikhlas

Pahala Membacanya


Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.


Ketika Memulakan Kerja


Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum Masuk Ke Rumah


Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.


Ketika Sakit


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Nota
Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.  

 …Wallahu a'lam



yayy~~



sudi-sudilah klik sini ye..TQ..
 

Bermulanya episod baru bg...

adik ummi kima a.k.a cik teh sbg pendidik..semalam adik ummi telah daftarkan dirinya di IPG kampus Dato' Razali Ismail di kuala Terengganu..tak jauh dr kampung ummi..

pesanan ummi kat adik ummi kima..selamat menempuhi alam baru,lg mencabar cabarannya..skrg ni ummi tak dapat nak kontek kima ni..sume hp and segala yg berkaitan yg boleh dihubungi di kuarantin kan oleh pihak pengurusan disana sampai khamis ni..huhu~~cian cik teh..mesti sedey tak dapat nak hubungi sesiapa..hidup da biase call,sms and tenet je..ni diam beberapa hari tak boleh wat ape2..huhu~~sabar ye cik teh..kejap je..pas dapat blk sume tu..kol la sume org ye,kakak ko jgn lupa plak nak kol..apis ngn kakak windu ngn cik teh ni..hehehehe~~
dorg kursus kali ni lama sikit,dgrnya 2 minngu kena stay kat maktab,minggu ni ngn minggu pas raya cina..raya cina cuti seminggu..huhu~~mcm nak jumpa plak ngn cik teh ni..nak blk tak kampung ye..tengok la cmne nanti..

yayy~~


sudi-sudi lah klik sini ye..TQ..

Isnin, Januari 24, 2011

Menu simple lunch kali ni..

yayy~~simple mimple je lauk lunch kali ni..semalam g kedai runcit,puas ikir nak beli lauk ape,sekali ummi terpandang la tin sardin..hurm~da lama tak pekena sambal sardin ni,terus ummi amek bersama barang2 yg lain...dan td ummi masak la lauk sambal sardin (feberet ayah..) ummi pon suka gak tau..saje je tak bgtau ayah..huhu~~,ikan kembong goreng..i like..:P dan sayur goreng kuahkan sos tiram..hantam je la ape nama ..hehehe
 sayur campur ngn tauhu..berkuahkan sos tiram..feberet sikembar ummi
 ikan kembong goreng..ummi suka sgt2..sedap wat ratah..lagila kalo wat ICT (ikan celup tepung..huhu~~)next time ummi nak wat la..da lama tak wat..:P
sambal sardin feberet ayah...ummi pon sama la..ayah suka wat kuah sambal ni  byk..coz,nanti ayah ngulang makan cicah ngan roti..dia mmg suka makan cam tu..ayah ni mmg jenis tak kisah,makan ape je..tak yah wat lauk berbagai rupa..biar simple je..sbb yg simple tu la yg sedap ..huhu~~

yayy~~

sudi -sudi lah klik sini ye...TQ..