Sabtu, Ogos 28, 2010

Huh..akhirnye jumpa jgk..

Semalam seharian ummi ngn ayah cari baju raya adik ngn kakak ni..ade saiz tp xde kaler yg nak..ade kaler yg nak,xdok saiz plak..penatnye cari..1 jb tau!!
and akhirnye dpt jgk..kaler ape?? tggu la nnti ummi upload pic ktorg pas raya ye..:)
da dapat baju melayu n baju kurung adik kakak cari baju jenjln2 gak..huh..
baju ank2 ummi ni mg x padan kecik,harga...mak ai!! nak wat cmne..beraya sakan punya psl
trpaksa la ye..yg penting ank2 ummi happy beraya ngn baju baru..togethet2 ngn cousin2
ank2 ummi...

ok la..penat ummi ni x ilang lg..nk mandi la..adik,kakak jom mandi..da lewat nih..bubye~~

Siakap Steam Tauchu Ummi....


  • 1 ekor ikan siakap
  • tauchu masin
  • daun sop
  • daun bawang
  • brokoli
  • tomato
bahan yg ditumbuk kasar
  • bawang kecil
  • bawang putih
  • halia
  • cili api

~~bahan yg ditumbuk diratakan dlm ikan siakap dgn tauchu skali,stemkn dlm 15-20 minit..
pas tu potong sederhana daun sop,daun bawang,brokoli n tomato..
letakkan diatas ikan,steamkn dlm 2-3 minit shj,jgn lama sbb sayur2 ni mudah masak...
da msk boleh dihidangkn..nk sedap lg perahkn sedikit perahan limau..
cuba la..~~~

Sabtu, Ogos 21, 2010

Time Haunting Baju Raya...

Da lma x update blog ummi ni ye..bz skit ngn kuih rya ni..lgpon bln pose ni xde ape nk diceritakan melainkan ape menu nk brbuka nnti,tu yg duk pening hari2 nk msk ape..itu la keistimewaan bln pose..
Ape tema raya kali ni ye..antara kuning,hijau or coklat..adeii~~ummi pening ni..
tp yg pastinya tahun ni beli yg ready made je,nk tempah da x sempat..spttnye beli kain sblm pose..ni bru nk cari baik x yah la..kalo yg ready made msti nk sume sedondon kn..senang ke dpt yg ready made sedondon? ade size ke tuk kakak alya n adik hafiz..
raya kali ni ayah kna keje,nk wat cmne kna gilir2 la ngn en bos husni..em..minta2 pg raya sempat beraya sefamily n sempat dpt begambar di pagi raya..hrp sgt2..
Raya thn ni beraya umah tok ayah kt kota tinggi,x blk kmpg nenek @ trgnu..huhu~~
msti pok2 mok2 sdara adik kakak rindu sgt2 kt adik n kakak..adus~~x dpt lak collect duit raya ngn family sna plak,ahaks~~
ok..tggu la nnti ape tema family ummi raya kali ni..pas raya bru tau ape tema kitorg..
ok..slmt brpose..=)

Selasa, Ogos 10, 2010

Fadhilat Solat Terawikh...

FADHILAT SOLAT TERAWIH

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat
Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan
dari Allah.
Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka
orang beriman).
Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus
semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan
Al-Quran.
Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid
Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu
Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa
orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh
ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi
Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari
Qiamat.
Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah
mengampunkannya.
Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam
Syurga.
Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang
masih hidup atau mati).
Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara
di Padang Masyar).
Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam
sujud).
Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti
kilat menyambar.
Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang
teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah
engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi
Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak Kpd Semua Umat Islam..


Khamis, Ogos 05, 2010

Anniversary ke-4..


04082006~adalah hari yg paling brmakna bagi ummi...hari bersejarah ummi ngn ayah menajdi suami isteri..dan smlm genap 4 tahun ulangtahun perkahwinan ummi dan ayah..ummi ngn ayah x celebrate ape2 sempena anniversary ni..lgpun ayah mmg x berapa suka celebrate ape2 special day trutama besday..sbb ntah la..katanya x biase celebrate sume menda tu,sekadar wish je suda memadai...ummi x kisah yg penting ingt hari2 penting dlm hidup kita kn..anyway..hepi 4th anniversary ummi zayda and ayah zaidi,didoakan hubungan kasih sayang ini kekal keakhir hayat dan sentiasa diberkati hendakNya disamping anak2 ummi dan ayah kakak alya syuhada dan adik hafiz...amin...insyaallah keluarga kita akn bertambah lg dimasa akan datang..

Isnin, Ogos 02, 2010

Akhirnya kawen gak kawan ummi...

Nama kwn ummi ni khadijah ismail,name galmer die ejud..sebaya ngn ummi la,akhirnya kawen gak kwn ummi ni..ummmi,ayah,adik hafiz n kakak alya pegi jemputan ni di kmpg baru,kluang johor 1 ogos lps..suasana sgt redup n x panas..anyway slmt pengantin baru ejud..semoga kekal keakhir hayat..amin..cpt2 dpt bby tau..huhu..