Ahad, Oktober 21, 2012

Sikembar blk kmpg naik bas express..

Assalamualaikum w.b.t..

First time sikembar ank2 ummi blk kmpg naik bas..selama ni blk ngn keta je, x pernah plak trpikir difikiran ni blk kmpg ngn bas..da penat nak drive lama2..mlm ni ummi,adik ummi mekna ngn ank kembar ummi akan menaiki bas express shamisha dr larkin bus terminal..insyaallah akan spai di depan umah mak ummi subuh esok..alahai~~mlm ni..jwbnye mmg kesejukan la dgn ditambah musim ujan melanda pantai timur skrg..survey gak tiket flight ke kb tp harga mmg mahal la sbb last minute harga..x pe la..yg penting ummi dpt blk kmpg halaman memandangkn ummi da x terikat ngn mane2 keje skrg..suka agi ummi nak kemana tp biz on9 sntiase jln 24hours..alhamdulillah..rezeki ummi..

En hubby ummi x blk ke? Dia blk tp ptg raya aji..sbb family dia ada wat korban,jdnye biar dia braya dulu sna pastu blk kmpg ummi tuk jemput ummi blk ke jb..sian en hubby ummi kna tggal seminggu,abg jaga diri baik2 ye,blk umah x de org nak masakkan abg seminggu ni,msti ummi rindu ketat ngn ayah..apis kakak pon sama..take care ye ♥♥♥♥
Insyaallah~~singgah awana kijal lepak sana sblm blk jb nnti...1st nov plak terbang ke KK plak tuk cuti2 malaysia disana selama 5 hari..uuuhh..x sabar plak nk jumpa anak sedara ummi uwais kt sana..hehe~~

Published with Blogger-droid v2.0.9

Rabu, Oktober 17, 2012

Grab Fareeda again..


Assalamualaikum w.b.t..

Dah namanye pompuan, ada aje menda nk beli..lg2 la skrg beli ngn ujung jari je..x yah kuar umah, cri merata2 tmpt brg yg keinginan dihati..

Latest...tudung fareeda la, padahal ummi bru je beli tudung ala2 fareeda gak tp murah sikit dr fareeda..tudung eedaz collection..mmg cantik sgt..fareeda pon cantik,kalo x..x kan ummi sanggup beli mahal2 kan..

Ok...tu dia kt atas tudung fareeda..pink+purple+red..lembut je kalernye..
Siap ade gelang ngn cincin..sama ngn brooch..ummi minat tudung lg..gelang ngn brooch x minat sgt...hehehe..owh ye..ni koleksi fareeda yg 4..org lain msti dah byk kan beli tudung fareeda..x pe, next time shopping lg..ok..ni je..

Yayy~~
Published with Blogger-droid v2.0.9

Selasa, Oktober 16, 2012

MENGAPA ANAK-ANAK SEKARANG LEBIH AGRESIF? Atau sebenarnya mereka itu LEBIH EKSPRESIF!

 Assalamualaikum w.b.t..

Tgok pic diatas betapa lasaknye sikembar ni kan..mcm2 diteroka dan meneroka
Ummi nak sharing samting pd sume frenz ummi terutama para ibu dan ayah..:)



Ummi ceduk dr FB 

Prof Dr. Rozieta Shaary

Beberapa perkara yang perlu kita fahami;

1)   Jika ada anak 1 hingga 2 tahun yang kelihatan mahu memukul anak lain, jangan cepat bersangka buruk kepadanya. Selalunya dia mahu memegang dan mengusap anak kecil itu kerana melihat orang lain melakukan perkara seperti itu. Namun, pada usia sebegini mereka belum pandai mengawal kekuatan tangan mereka, maka adakalanya jadi terlebih kasar. Apa yang ibu selalu lakukan pada anak-anak kecil sebegini, ibu tolong pegang  tangan mereka dan tolong dia mengawal tangannya supaya dia boleh mengusap baby kecil itu sambil mengatakan; ‘gently, gently…’ atau ‘ perlahan-perlahan…’ Jika anda cepat marah dengannya, maka dia akan hilang keyakinan dirinya dan membentuk kepercayaan diri yang negatif di dalamnya. Contohnya “ Saya ini tidak berguna”.

2)   Setiap generasi mempunyai karacter yang berbeza. Contohnya generasi X, Y, Z dan mellinia berbeza dari segi trait dan karakter mereka. Kebanyakan Gen Mellinia ini lebih ekspresi. Selalu dikatakan degil, keras kepala dan suka menunjuk perasaan, memberontak dan lebih berani mengeluarkan pendapat mereka. Mengapa mereka begitu memang ada dan banyak sebabnya. Namun, ibu tidak mahu membincangkan di sini kerana ibu telah menulis mengenai ini sebelum ini. Sila lihat blog ibu sebelum ini.

3)   Ramai ibu bapa kurang berpengetahuan cara terbaik menangani anak-anak Gen Mil ini. Ramai yang masih menggunakan skil parenting semalam untuk menangani Gen Mil ini. Contohnya, menyuruh anak-anak dengar dan patuh tanpa penjelasan yang memuaskan. Terlalu lembut sehingga semuanya dibiarkan. Terlalu keras dan tidak ada ruang berbincang, Terlalu suka melarang dan ditakut-takutkan. Maka, anak-anak ini menjadi lagi hampa dan memberontak.  Dan Gen Mil ini lagi cepat dan kuat berasa hampa kerana memang trait mereka ini adalah sangat ekspresi. Sebenarnya mereka bukan degil, tapi kuat keinginan dan mahu cara mereka. Oleh itu bila kehendak mereka ditangani DENGAN TIDAK BIJAK DAN BERHEMAH, ini yang menyebabkan mereka memberontak. Dan sekiranya ini terus-menerus berlaku, anak ini akan membesar dengan semangatnya patah atau menjadi agresif yang tidak menentu. Itulah yang menyebabkan keadaan bertambah kritikal. Jika tidak diperbaiki, anak-anak ini akan membesar menjadi remaja yang payah dibentuk.

Langkah Mengatasi Perkara ini.

Hari ini ibu kongsikan beberapa dahulu;
1)   Bawa anak-anak bermain dengan aktif, seperti di padang mainan indoor atau outdoor. Lebih baik outdoor. Bila mereka bermain, mereka dapat mengekpresi diri mereka. Mereka boleh menjerit-jerit, melompat, berpeluh dsb. Ini membolehkan tenaga negatif yang tersimpan dikeluarkan dengan cara yang sihat. Cucu sulung ibu, baru-baru ini tiba-tiba suka sangat menjerit, menjadi garang dan agak agresif. Ibu dan mamanya perasan perkara ini. Bila kami kai balik, rupa-rupanya sudah berbulan-bulan dia tidak dibawa bermain di padang. Semenjak itu mamanya memastikan dia bermain di padang sekurang-kurangnya3 kali seminggu. Semenjak mamanya melakukan perkara itu, cucu ibu tidak lagi berkelakuan seperti tadi.

2)    Kurangkan masa menonton TV, bermain video games di komputer atau ipad atau TV. Bila anak-anak bermain video games, mereka akan mengalami adrenalin rush. Dan bila mereka tidak beri bermain lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush itu tiada jalan keluar dan menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka. Ini selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat yang subliminal dimasukkan ke dalam games itu. Oleh itu pilih games yang baik dan try games itu dahulu sebelum diberi kepada anak-anak kecil anda. Jika anda sendiri rasa tak menentu selepas bermain games itu, apatah lagi anak-anak kecil itu.

3)   Kurangkan pengambilan gula secara nampak atau tidak nampak. Nampak, maksudnya kita sendiri yang memasukkan gula itu. Tak nampak contohnya minuman soda, fast food dan sebagainya. Jika menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh kasih sayang dan tenang. Makanan itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging.

4)   Elakkan menjerit-jerit dan terlalu kerap memarah. Boleh marah, tapi simpan marah itu untuk sesuatu isu yang sangat memerlukan marah itu. Contohnya sesuatu yang merbahya baginya, seprti bermain di tengah jalan dsb. Bila terlalu suka memarahi, marah kita itu sudah tidak ada maknanya. Malah ia menjadi cara hidup yang anak-anak kecil itu akan ikut. Marah yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan diserap oleh anak-anak itu. Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter suka marah-marah. Ibu tahu para ibu bapa semua adakalanya tidak boleh mengawal diri dan terus marah. Itu sekali sekala, tak pe. Kita manusia, kita buat silap. Apa yang kita tidak mahu jadi ialah kita menjadikan itu karakter kita – suka marah-marah dan berleter. Kawal – jika nak marah sangat, jika berdiri, duduk, istigfar atau bilang sampai sepuluh. Jika marah juga, pergi tempat lain yang anak tu tak nampak, maka keluarkan marah itu dengan menjerit smabil memekup muka ke bantal … atau yang lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada di bawah air terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua marah anda tadi dibasuh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.

Bila sudah selalu melakukan sedemikian, anda akan mengambil masa yang lebih singkat dan bila tenang, anda boleh mengambil langkah yang lebih bijak.

Rasanya cukup dulu untuk kali ini. Jika panjang sangat nanti penat pula nak membacanya. Nanti ibu akan sambung dari masa ke semasa.

Marilah kita bersama-sama membentuk generasi yang genius dan berhati mulia.



yayy~~



sudi-sudilah klik sini ye..TQ..
 

Rabu, Oktober 10, 2012

SupraColor Kryolan Foundation ~ Germany

Asslamualaikum.w.b.t..

new update...


SupraColour Kryolan Foundation Germany - (7gm)

~ Bedak asas trend mekap artis dan mak andam terkini….Hasilnya malatoppss...


diatas sambutan yg amat menggalakkan..ummi wat promosim harga supracolour kryolan foundation 

RM40 each free postage


juga dibuka harga borong 10pcs keatas


~Long lasting

~Halus

~ Dapatkan segera kerana stok terhad
~ Kryolan Supra Color telah lama digunakan oleh mekap artis Malaysia semenjak 1999 tapi rahsia ini tak pernah diketahui oleh ramai sehingga kini kerana ia sebahagian dari rahsia solekan cantik dan flawless..

Ciri-ciri produk:-
~ oily base- sesuai digunakan oleh org bermasalah spt jerawat, garis2 tua, kulit kasar (big open pores) kerana ia memberikan hasil yg flawless giler
~ utk org kulit normal & kering amat2 sesuai

nak order email ummi 

 atau sms/whatsapp 0197596510 ;)




Antara testimoni menggunakan supracolour kryolan foundation



Memberi efek kulit muka yg licin

Menutup parut jerawat, jeragat & cela

Tidak perlu memakai bedak

Ringkas, mudah & cepat

Amat jimat!! hanya oles sdkt shj dpt diseratakan keseluruhan wajah

~ Supracolor ni macam Kryolan tv paint stick juga. Cuma lebih oily sikit jer.

~ Maka you senang nak blend, senang nak sapu sebab licin..

~ Senang rata sebab senang sapu..

~ Flawless sebab senang rata..

~ Best cover sebab bila senang sapu, senang rata, you tak payah sapu banyak kali sampai foundation pun hilang balik..


Dan juga langkah2 menggunakan foundation ni..



Step by step for glamorous looks:


1- wash your face from oil/dirt

2- take a small portion of supra, put it on the four corner of your face

3- use wet sponge/fingers to spread it evenly on your face
4- use loose powder/baby powder to make the foundation stay on your face longer
5- Tadaaaa...now u have a fantabulous look..





sudi-sudilah klik sini ye..TQ..