Khamis, Mei 05, 2011

6 Golongan Wanita Yang Jangan Di jadikan Isteri...






Assalamualaikum..

Syarat² utama Wanita yang ingin dijadikan ISTERI adalah cari yang BERAGAMA, dan yang BERAKHLAK.

Dan jangan berkahwin dengan 6 golongan Wanita ini:-


Jangan engkau kahwini wanita yang enam sifat ini, 1. Jangan yang AL- ANANAH, 2. Yang AL-MANANAH, 3. yang AL-HUNANAH, 4. jangan engkau kahwini yang AL-HUDAQAH, 5. yang AL-BURAQAH dan yang 6. AL-SALAQAH.” 

Wanita Al-Ananah:

* Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit. Yang banyak komplen (bagi benda x pernah cukup)

Wanita Al-Mananah: 

* Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; “Aku membuat itu keranamu” “Baju U tu I beli tau!” “Moto yg U naik tu I beli tau"

* Jangan kahwin dengan wanita seperti ini kerana nanti dia akan ungkit.


Wanita Al-Hunanah: 
* Wanita yang teringin kepada orang lain. “waktu bertunang dia dok tgk lelaki lain, yg mcm ni jgn kahwin, cancel”

* Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain. 


Wanita Al-Hudaqah: 

* Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. (Contoh: jika dia nak baju, dia nak juga sehingga memaksa suaminya supaya beli juga)

Wanita Al-Buraqah: 

1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
3) Wanita yang sibuk berdandan dan bersolek


Wanita Al-Salaqah: 

* Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan.

Glosari:
1. Lagha : sia-sia

Nota:
*Penghantar artikel ini menyatakan bahawa artikel ini bersumberkan perkara yang dicatatkan oleh Imam Al-Ghazali.

dan diminta kita yg sudah menjadi isteri dijauh sifat2 mazmumah spt diatas tu...sesungguhnya syurga kita adalah suami kita...ummi tau kwn2 ummi sume isteri solehah kan...


Wallahu'alam..


sudi-sudilah klik sini ye..TQ..
 

1 ulasan: