Ahad, April 29, 2012

Dinner org demam..



assalamualaikum w.b.t..


sape yg demam? tuan tanah kedaung la..ummi demam,batuk,selsema..suare pon dasat..

so..mlm td mmg pale ummi da tingtong sgt..x larat nk masak,sian plak kt ank2 ummi nak mkn..ummi trpaksa la order..tekak ni mcm nk mkn bolognese..(btol x spell ni..hehe..) ummi kol la PHD..beli set combo + bolognese..


tp tu la..selera nk mcm2, tp mkn x spai separuh..aduhaii..tekak da xde selera..


yayy~~


Published with Blogger-droid v2.0.4

Khamis, April 26, 2012

Hobi baru...

Assalamualaikum w.b.t..

hobi ape?...hehehe~~ da tua2 masih de lg tambah hobi..sebelum ni just beli dua tiga je..lama2 bleh minat kumpul koleksi tupperware..harga mmg la bleh tahan tp yg penting quality, cute, kalerful and de warranty seumur idup tu..
dan ummi pon dgn sukarela jd ahli tupperware, tp wat masa ni x xtive sgt la sbb malas kot..huhu~~ minat beli je..


ni ummi baru grab koleksi baru dr tupperware


tupperware ni asalnye 18 biji berlainan size
tp ummi beli 6 je, x suka byk2 sgt..bleh beli yg lain kan


 size sederhana ummi letak susu..senang and kedap..
dan ini kad ahli ummi..blur la plak..


hurm~~nak beli yg mane lg ye..igt nak beli yg ni 

coming soon~~





yayy~~


 sudi-sudilah klik sini ye..TQ..
 

Rabu, April 25, 2012

Kelebihan memiliki anak perempuan..

anak perempuan ummi Nur Alya Syuhada Bt Mohd Zaidi




Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,
lalu dia bersabar dengan kerenah,
kesusahan dan kesenangan mereka,
nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,
Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,
Juga untuk seorang.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,
melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a.,
dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,
nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

~~


Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.
Daripada hadis-hadis di atas,
dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud,
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”

Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua,?
menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan?
Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.
Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya.
Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.
Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar,
tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka,
Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.
 






sudi-sudilah klik sini ye..TQ..
 

Tambah lagi anak sedara..

Assalamualaikum w.b.t..


alhamdulillah~~ akhirnya bersalin dgn selamatnya adik ipar ummi slps lbh due bbrapa ari..tahniah pd adik ummi abgde ngn kakde slmt melahirkan baby boy seberat 3.15kg pd 24.04.2012 pkl 1.31 tgh di KPJ Speaciallist Kota Kinabalu Sabah...


 lahir je terus diazankan..
 Muhammad Uwaisy al-Qarani..sedap kan nama ni..
sahabat rasulullah s.w.t
tgok..da beso mata dia..
comeiii nye die tido..
x sabar nak cium baby uwaisy ni..



bertambah riuh la kali ni blk kmpg..:D

sudi-sudilah klik sini ye..TQ..
 

Khamis, April 19, 2012

Hukum Inai Lukis..

“HUKUM INAI LUKIS DI TANGAN”

Ada seorang pengunjung bertanyakan tentang hukum ini, kerana beliau akan mendirikan perkhawinan dan berhajat utk memakai inai berlukis di tangan.
Mari bersama kita baca dan ambil tahu tentang hukum inai lukis di tangan ala-ala tatu..masyaAllah..

INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH

Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.
Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

Dari Ibnu Umar ra katanya:
“Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim)


Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :
“Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”.(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)


Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :

Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”

Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya.


sumber dr MyIbrah

** masa ummi kawen dlu ummi mmg da tau sume ni, so..ummi just berinai dihujung jari je..dan en hubby ummi plak x pkai inai..sbb mmg tau lelaki memakai inai adalah haram..**

tgok pic masa ummi kawen..


V





ha..nmpk tu, ujung jari je..hehehehe~


fikir-fikirkan dan slmt beramal....



yayy~~





wallahu’alam.










 sudi-sudilah klik sini ye..TQ.. 

Rabu, April 18, 2012

Akhirnye...beli yg ni..

assalamulaikum w.b.t.


mood nk update blog mmg down..ntah la nape..agaknye ade hormon kot update blog ni..huhu~~ still slow2 update blog ye..


last week mmg penat ngt sbb mencari kain pasang tuk baju kurung msa majlis prkahwinan adik ummi kima a.k.a mak teh bln dpn ni..kononnye sedondon la kaler biru langit..ktorg mencari la bgai nk rak..ktorg tu ummi ngn kakak ipar ummi mala joe..sebut kaler mcm senang tp...ade kaler brkenan corak lak beso..nnti nmpk gumuk..ade brkenan x cukup kain plak..nk 28 meter tu..yg geramnye x cukup semeter, mane bleh kan..tu kt jakel..ni g angsana plak masuk gulatis, corak x cantik tuk kain bwh 100, yg cantik sume rm200keatas spsg..rabak la weiii..kalo tuk ummi sorg bleh la...keluar plak cri kedai lain..g kamdar x de yg brkenan..g kedai lain ade yg berkenan tp stok tuk 2,3 pasang je..adeiii...blk la..bdn da penat sgt ni..


next day..ahad..tgh lepak2 umah kakak ipar ummi kakak pd en hubby ummi, dpt sms dr kakak ipar ummi mala joe ni la, die ni wife abglg ummi..bgtau ajak g kota tinggi cari kain sn plak..adeiii...kna cri cpt kalo x, tkt lmbt siap..so, g la kota tingglkn anak ummi apis kt sna..senang skit nk mencari..spai sna ktorg truskn pncarian..byk kedai tu ktorg kuar masuk..masalah yg sama gak..akhirnye.dpt la kain diatas..nasib la ade stok kalo x mmg mls la nk beli..da penat..huhu~~ so..pas ni malas la bk sedondon bagai..asalkn kaler sama corak lain xpe..btol x..huhu..


ok..itu la story ummi last week..this week? tggu la ye..hehe~~


yayy~~


Published with Blogger-droid v2.0.4

Rabu, April 11, 2012

Rita Rudaini terima sms cerai dr Aidil Zafuan

Lagi artis bercerai..betul ke??


Kisah pergolakan rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan akhirnya sampai ke kemuncaknya apabila Utusan Malaysia hari ini melaporkan yang Rita telah pun menerima SMS permohonan cerai daripada suaminya. Tambah menyedihkan, SMS tersebut diterima ketika Rita ketika hari jadinya yang ke 36.

Dalam SMS berkenaan Aidil menulis: “Saya sudah failkan benda itu (perceraian). Peguam saya akan maklumkan lebih lanjut kepada awak.” Menurut Rita, dia tidak berasa kecewa atau bersedih dengan apa yang telah diputuskan suami memandangkan sudah lebih empat bulan Aidil ‘menghilangkan’ diri setelah keluar dari rumah mereka. Kata Rita:-
Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya
Semoga Rita tabah menghadapi dugaan yang amat besar ini.

dr sumber Beautifulnara


sudi-sudilah klik sini ye..TQ.. 

Ahad, April 08, 2012

Petua Imam Syafie..


Assalamualaikum w.b.t..


Mari kita baca, hayati dan amalkan selalu..utk kebaikan kita bersama..


4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

4 perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

4 perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

4 perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

4 perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


dan juga sharing yg ni plak..

1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


pilihlah yg mane patut diikut..


Renung2 kan dan selamat beramal...



yayy~~



 sudi-sudilah klik sini ye..TQ.. 

Sabtu, April 07, 2012

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak..

1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. 

Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah

* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:

* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak

* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif

* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)

* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak

* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas

* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas

* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah

* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak

* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang

* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak

* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah

* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton

* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak

* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)



* peringatan tuk kita sbg parent..Ya allah~~ jauhilah anak2ku dr segala kejahatan, kemungkaran..jadilah ia anak yg soleh, solehah...amiiinn~~



yayy~~





 sudi-sudilah klik sini ye..TQ..
 

Dinner with Opismate 060412

Assalamualaikum w.b.t..


em...baru je post n3 yg ummi tgh giat berdiet, ni dugaan paling beso plak yg menguji iman ummi..kwn2 ummi da lama plan nk mkn2 ni, ummi kna ikut la x kan x join plak ye..


jauh tau ktorg g mkn ni, Bangkok Village Restaurant..hehehe~~jauhkn kt bangkok..:)
restaurant ni tepi jln tebrau JB ke Kota Tinggi, slps jusco tebrau city..


ni pintu masuk restaurant ni..



v



 ha..kan kt bangkok ni..:P
 byk lauk nak mkn ni..
mkn la k.yos..
anak2 ummi ade??
kna bwk la skali sbb taska tutup kul 7, so...bwk la skali memeriahkan majlis..
en hubby biase la x blk lg dr koje masa ni..

ummi mkn nasi sikit je, ratah lauk je x byk..nnti naik blk bdn ni..sia2 je diet ummi..hehehe~~




yayy~~



sudi-sudilah klik sini ye..TQ..
 

Khamis, April 05, 2012

Kuatkan imanku..

Assalamulaikum w.b.t....


Ummi skrg da berdiet, spttnye sblm ni kan sblm bdn ni da mula.kembang..ni da kembang sibukla duk diet bagai..ntah tahan lama x diet ummi ni..


Pg2 mkn roti wheat grain ni..lunch pon x mkn nasi..just amek kuih ngn buah..dinner pon mkn buah..huhu~~bnpanjangan x n brkesan x ngn cara mcm ni? I do my best..ummi da timbang permulaan diet, tgok 2 mggu lg...hehe~~


Doakan la usaha nian murni ni brjaya ye..msti kuatkn smgt..acha2 fighting (eh..btol ke ni, alah..yg dlm cite fullhouse tu la..:p)


Yayy~~


Published with Blogger-droid v2.0.4

Selasa, April 03, 2012

Permainan baru sikembar..

Assalamulaikum..


Akhirnye spai gak ypad ank ummi ni..nak sebulan gak tunggu brg ni, ummi beli kt fb je sbb tgok mcm best je mainan ni..sbg ibu mcm2 cara kta wat tuk masa dpn ank kta kan..


Mainan zaman budak skrg, rupa sebiji ipad la..tuk menarik perhatian anak2..ummi pon grab la dua sbb anak dua..hehe~~


Dan pic2 diatas tu la barangnye..dan xcited anak2 ummi main..ntah bape lama la tahan mainan tu..huhu~~

Ade trselit mainan spongebob plak, tu toys dr happy meals mcd..xde kena mengena ngn ypad ye...hehehe~~


Yayy~~


Published with Blogger-droid v2.0.4

Ahad, April 01, 2012

Tahniah PurpleSakura..

Assalamulaikum w.b.t..




Entry first April..welcome april but say no to April Fools sebab itu bukan budaya islam kita kan..
and than di entry ummi kali ni..




Congrats to cousin ummi Fieza a.k.a. Purplesakura telah selamat melahirkan baby gurl 3kg
secara caesarean di kampungnye..lbh kurang 4 tahun jugakla cousin ummi nak dpt anak ni, sblm ni dia penah keguguran..dgn berkat doa family dan kesabaran cik Fieza n hubby die akhirnya dorg da jd parents...huhu~~
tahniah tau along fieza..kira anak sedara la sbb cousin ummi da jd adik beradik sbb dia anak susu mak ummi..dan mmg x boleh kawen ngn adik beradik lelaki ummi sbb da jd adik beradik susu...


nama cik fieza ngn hubby dia blom decide lg..kta tunggu ape nama sbnr anak sedara ummi ni..
x lama lg adik ummi yg duk sabah pon dpy baby jugak..skrg tgh tunggu ari je ni..x silap boy kali ni..
ramai plak cucu superhero ni..gamat la kampung kali ni lg..huhu~~


ni ummi ade pic anak sedara ummi ni..
ade rupa hubby puan fieza ni tau...hehehe~~




jom nengok..


v




comei kan..


long..selamat brpantang ye..sabar n tabah dlm membesarkan anak ni..
mcm2 dugaan tp tu la pengalaman manis jd ibu ni..






Welcome the club Parenthood~~






yayy~~

sudi-sudilah klik sini ye..TQ..