“HUKUM INAI LUKIS DI TANGAN”
Ada seorang pengunjung bertanyakan tentang hukum ini, kerana beliau akan mendirikan perkhawinan dan berhajat utk memakai inai berlukis di tangan.
Mari bersama kita baca dan ambil tahu tentang hukum inai lukis di tangan ala-ala tatu..masyaAllah..
INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH
Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.
Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:
Dari Ibnu Umar ra katanya:
“Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :
“Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”.(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :
“Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”
Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya.
sumber dr MyIbrah
** masa ummi kawen dlu ummi mmg da tau sume ni, so..ummi just berinai dihujung jari je..dan en hubby ummi plak x pkai inai..sbb mmg tau lelaki memakai inai adalah haram..**
tgok pic masa ummi kawen..
V
ha..nmpk tu, ujung jari je..hehehehe~
fikir-fikirkan dan slmt beramal....
yayy~~
wallahu’alam.
sudi-sudilah klik sini ye..TQ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan