Rabu, Jun 27, 2012

Memey Suhaiza Hamil Enam Minggu


Assalamualaikum w.b.t..


hurm~~agak lama jugak x dgr berita and cite sensasi pasangan hot and lg kontroversi ni..hampir lupa plak kontroversi dorg ni dek ditambah mcm2 kontroversi oleh artis2 lain..itu lah dunia artis..

ummi nak share 1 berita yg agak meggembirakan ye...

ummi ceduk cite ni dr MH

Tahniah MH Online ucapkan kepada pelakon popular, Memey Suhaiza yang kini disahkan hamil enam minggu.

Berikut adalah pengakuan Memey ketika dihubungi MH online sebentar tadi;

"Semalam, saya ada buat ujian kehamilan sendiri di rumah selepas balik dari lokasi penggambaran. Apabila melihat keputusan yang positif, saya masih tidak percaya, berdebar dan terus menangis.

"Selepas itu, abang Norman membawa saya ke klinik dan Alhamdulillah, doktor sahkan saya hamil enam minggu. Setakat ini saya tiada sebarang alahan, tapi sejak dua hari kebelakangan ini saya rasa mual dan suka makan asam dalam kuantiti yang banyak," katanya yang dijangka akan bersalin pada pertengahan bulan Februari tahun depan.

Menurut Memey lagi, Norman berasa sangat gembira dengan berita tersebut dan pada yang sama risau dengan jadual kerja Memey yang padat. Memey juga dinasihatkan oleh doktor supaya menjaga kandungannya yang masih diperingkat awal.


Alhamdulillah...rezeki Allah..cpt dan lmbt je..semoga bahagia ke akhir hayat..




**kalo gitu, brtambah ramai la ye anak norman hakim ye..:P





yayy~~





sudi-sudilah klik sini ye..TQ..
 

Tiada ulasan: